14 December 2013

Paradigm Mall


Asssalamualaikum...



Memandangkan semua rakan sekelas yang lain telah lama dan sekian lama meng'update' blog mereka lawatan ke JPO, jadi saya disini hari ini dan dan tarikh ini perlu mengupdate blog mengenai Paradigm Mall sebagai tugas ganti.









Pada 13/12/2013 saya telah berpeluang untuk pergi ke Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya. ianya sebuah pasaraya yang sangat besar. Saya pergi bersama-sama rakan sekelas yang lain dengan menaiki bas uitm. Kami berkumpul pukul 10.30 pagi selepas kelas CTU. Kami berkumpul di perhentian bas fakulti bagi memastikan semua rakan ada di sana.



Tepat jam 11.00 pagi kami bertolak, kami smpai di sana pada jam 11,30pagi. Ku sangka kan jauh, rupa-rupanya ia hanya mengambil masa hanya selama 30 minit sahaja dari UiTM Shah Alam. Pada pandangan pertama saya, paradigm ialah sebuah pasaraya yang mewah.  Semuanya nampak ekslusif.

Miskipun nampak gah, namun bangunan tersebut masih lagi dalam pembinaan. Tak dapat nak bayangkan, bangunan yang belum siap sepenuhnya  tu pun dah nampak besar, kalau dah 100% siap. Wow! Mesti penat kaki nak berjalan di setiap pelusuk ceruk dalam paradigm tu.



Terdiri daripada tujuh aras, paradigm menawarkan pelbagai pilihan “retail store” kepada para pelanggan. Aras AG merupakan aras paling bawah dikikuti aras C,aras G, aras UG, aras 1, aras 2 dan yang paling atas ialah aras3.



Di aras AG terdapat Tesco yang memenuhi segenap ruang. Diikuti “booth-booth” kecil seperti hot & roll, Aunty Anne’s, famous amos and each a cup. Bagi yang bajet rendah untuk makan boleh la cari makanan kat aras AG ni. Lebih murah berbanding gerai makanan yang berada di aras yang lain.

Aras C, aras G, aras UG  rata-rata terdapat “retail store” yang mewah dan eksklusif seperti Mark & Spencer, Zara Sephoran dan  Polo. Di aras 1 pula terdapat “retail store” seperti Harvey Norman and Toy ‘R’ Us. Aras 2, terdapat lebih banyak  gerai makanan seperti Chicken rice shop,Kungfu paradise, Bar.b.q plaza, Keney rodger roasters, Subway, Burger King, Oldtown, Shushi Q dan the tarik place. Selain itu, bagi kaki novel atau mencari peralatan sekolah juga alat tulis, di aras 2 juga terdapat kedai buku popular dan tidak dilupakan jika sedang berjimat cermat  Daiso ada untuk menyelamatkan keadaan dimana kedai yang menjual semua barang dengan harga RM 5. Terakhir sekali di aras 3, terdapat panggung wayang GSC dan CYC Mega Laisure World atau dikenali sebagai pusat hiburan keluarga dimana menyediakan pelbagai permainan video yang sesuai bagi semua peringkat umur.



Paradigm turut menyediakan kemudahan Lcd skrin sesentuh untuk panduan para pelanggan di setiap aras. Perkara ini memudahkan pelanggan untuk bergerak ke mana saja dengan mudah berdasarkan panduan yang boleh didapati di Lcd tersebut. Terdapat 14 kategori gerai di Paradigm. Antaranya ialah buku, pakaian, perhiasan, makanan, hiburan dan gadget.









Kebetulan pula sekarang ni kebanyakkan “retail store” kat paradigm tengah mempromosikan produk sempena sambutan hari natal yang bakal tiba tidak lama lagi pada 25 Disember ini. Tema Krimas teddy bear atau dikenali sebagai beary land cukup menarik perhatian.



Banyak lanskap yang menarik juga promosi yang berpatutan buat pelanggan mereka. Bukan itu saja mereka juga turut menghiasi pentas utama sempena sambutan hari natal. Bertemakan beruang buat sambutan hari natal nanti, Paradigm menyediakan “Beary land place”dimana patung beruang menjadi fokus utama dari sekecil-kecil patung beruang hingga sebesar-besar patung beruang diletak kan di dalam dan diluar kawasan paradigm. Tarikan ini menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa dan orang asing yang datang untuk berkunjung baik untuk membeli belah atau jalan-jalan meluangkan masa bersama keluarga di Paradigm.



Kebanyakkan “retail store” sudah mula menghiaskan kedai mereka dengan tema hari natal. Antara yang menarik perhatian ialah hiasan Mark & Spencer, Starbucks, Jonas Jodie, Hallmark dan Homes Harmony. Perhiasan di kedai mereka sangat cantik dan menarik juga sesuai dengan tema hari natal. Walaubagaimana pun masih ada kedai yang belum dan tidak menghiaskan kedai mereka lagi.



Paradigm juga turut memberi kelainan kepada para pelanggan mereka dimana terdapat gimnasium yang sangat besar buat para pelanggan yang terletak di aras 1. Fitness First Paradigm Mall beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 11.00malam pada hari bekerja dan pukul 7.00 pagi sehingga 9.00 malam pada hari minggu. Sudah semestinya pihak Paradigm menyediakan kemudahan yang cukup lengkap bagi pengunjung yang datang ke gimnasium untuk bersenam bagi mempraktiskan gaya hidup sihat. 



Fasiliti yang bersih dan mencukupi. Surau yang luas, bersih dan tersusun kemas, parking yang luas, menyediakan kemudahan escalator, tangga dan juga lif. Semua ini disediakan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dua escalator disediakan di setiap aras bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan para pelanggan. Bukan itu sahaja, Paradigm turut menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya seperti tandas, parking dan lif.



Paradigm antara ‘Mall’ yang memenuhi kehendak gaya hidup masa kini yang mewah dan setara dengan harga yang ditawarkan oleh “retail store” yang terdapat didalam bangunan mereka.



Setelah penat berjalan selama berjam-jam, kami berkumpul pada jam 3.00 petang dan  tepat jam 3.30 petang bas sampai dan kami bertolak pulang ke uitm.


23 November 2013

Satu dalam Sejuta... Mata dan Hati Menanggis...

Aku sangat tertarik ketika membaca artikel mengenai seorang pemuda yang sangat mulia...
terdetik untuk berkongsi kepada semua kerana kebaikan yang dilakukan..
sebak... menitis air mata...
mata dan hati menanggis
masih ada lagi kah yang sanggup lakukan seperti yang dia lakukan..??
namun Allah lebih menyayangi dia...

so.. i found this... kat fesbuk... jum baca sama2..

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar. Bismillah... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun. Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau. Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya. Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2. Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami. Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. 

 Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!! Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu". Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet DavutoÄŸlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg BeÅŸiktaÅŸ hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (ErdoÄŸan, Gül, DavutoÄŸlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa. HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau. Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini." Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki. Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar AÄŸabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin. Al-Faatihah. MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD 20/11/2013 İSTANBUL,TÜRKİYE


tak dpt digambarkan dengan kata2, rasa perasaan selepas membaca artikel ini...
moga beliau ditempatkan  dlm kalagan org2 yg beriman... 
in sha Allah..

20 November 2013

Kereta vs. Rumah



Assalamualaikum

Tajuk arini .
Antara Kereta dan Rumah yang mana akan saya beli dahulu??
Ce teka yang mana dulu?? Heheheh
Mengikut perancangan sekira diizinkan saya nak beli kereta dlu..

Sebab
1.      Fresh graduate tak de duit yang byk nk beli rumah
2.     Pengangkutan nak pergi balik kerja
3.      Kewangan tak stabil..
4.     Harga kereta lebih murah dari rumah

Macam lebih kurang sama je alas an yang diberi ni hmmm tp tu la yang saya fikirkan

Jiwa kacau jugak tajuk ni...sebenarnya
 Sebab dua-dua pun penting sebenarnya.. tapi bila difikirkan kembali saya rasa.. lebih baik beli kereta dahulu kemudian baru la beli rumah.

Agak demand jugak sebenarnye kalau boleh nak beli kereta impian yang telah lama tertanam dan terbuku jauh diluduk hati ni.
.
Mitsubishi Lancer evo
.
Kenapa??

Ni semua pengaruh main PS2 masa kecik-kecik dengan abang dlu
Terpengaruh dengan kereta “sport”


tapi mak cakap kalau nakbeli kereta jangan beli yang mahal-mahal  nanti nak bayar bulanan-poket sakit.. hohoho...
acane ni??

rumah tu pon penting jugak... tapi...memandangkan seorang perempuan tak perlu nak fikir sangat kot pasal rumah hihihi

walaupon relevan nya suatu hari nanti akan tinggal bersama suami tapi tak salah kalau sedia kan payung sebelum hujan kan.
.
mana la nak tau tiba-tiba jodoh tak panjangterpaksa berpisah hidup ataupon mati... 

sekuarang-kurang kelak dah ade rumah sendiri dah tak perlu menyusahkan kedua ibu bapa lagi



kalau tak berpisah pon sekuarang-kuarng nya rumah tu boleh disewakan kepada orang lain dapat jugak duit tambahan shopping sikit kan hihihi






walau bagaimanapun.. keputusan keutamaan saya, saya akan beli kerata terlebih dahulu berbanding rumah

=)

sekian saja untuk kali ini...=)




 .