14 December 2013

Paradigm Mall


Asssalamualaikum...



Memandangkan semua rakan sekelas yang lain telah lama dan sekian lama meng'update' blog mereka lawatan ke JPO, jadi saya disini hari ini dan dan tarikh ini perlu mengupdate blog mengenai Paradigm Mall sebagai tugas ganti.









Pada 13/12/2013 saya telah berpeluang untuk pergi ke Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya. ianya sebuah pasaraya yang sangat besar. Saya pergi bersama-sama rakan sekelas yang lain dengan menaiki bas uitm. Kami berkumpul pukul 10.30 pagi selepas kelas CTU. Kami berkumpul di perhentian bas fakulti bagi memastikan semua rakan ada di sana.



Tepat jam 11.00 pagi kami bertolak, kami smpai di sana pada jam 11,30pagi. Ku sangka kan jauh, rupa-rupanya ia hanya mengambil masa hanya selama 30 minit sahaja dari UiTM Shah Alam. Pada pandangan pertama saya, paradigm ialah sebuah pasaraya yang mewah.  Semuanya nampak ekslusif.

Miskipun nampak gah, namun bangunan tersebut masih lagi dalam pembinaan. Tak dapat nak bayangkan, bangunan yang belum siap sepenuhnya  tu pun dah nampak besar, kalau dah 100% siap. Wow! Mesti penat kaki nak berjalan di setiap pelusuk ceruk dalam paradigm tu.



Terdiri daripada tujuh aras, paradigm menawarkan pelbagai pilihan “retail store” kepada para pelanggan. Aras AG merupakan aras paling bawah dikikuti aras C,aras G, aras UG, aras 1, aras 2 dan yang paling atas ialah aras3.



Di aras AG terdapat Tesco yang memenuhi segenap ruang. Diikuti “booth-booth” kecil seperti hot & roll, Aunty Anne’s, famous amos and each a cup. Bagi yang bajet rendah untuk makan boleh la cari makanan kat aras AG ni. Lebih murah berbanding gerai makanan yang berada di aras yang lain.

Aras C, aras G, aras UG  rata-rata terdapat “retail store” yang mewah dan eksklusif seperti Mark & Spencer, Zara Sephoran dan  Polo. Di aras 1 pula terdapat “retail store” seperti Harvey Norman and Toy ‘R’ Us. Aras 2, terdapat lebih banyak  gerai makanan seperti Chicken rice shop,Kungfu paradise, Bar.b.q plaza, Keney rodger roasters, Subway, Burger King, Oldtown, Shushi Q dan the tarik place. Selain itu, bagi kaki novel atau mencari peralatan sekolah juga alat tulis, di aras 2 juga terdapat kedai buku popular dan tidak dilupakan jika sedang berjimat cermat  Daiso ada untuk menyelamatkan keadaan dimana kedai yang menjual semua barang dengan harga RM 5. Terakhir sekali di aras 3, terdapat panggung wayang GSC dan CYC Mega Laisure World atau dikenali sebagai pusat hiburan keluarga dimana menyediakan pelbagai permainan video yang sesuai bagi semua peringkat umur.



Paradigm turut menyediakan kemudahan Lcd skrin sesentuh untuk panduan para pelanggan di setiap aras. Perkara ini memudahkan pelanggan untuk bergerak ke mana saja dengan mudah berdasarkan panduan yang boleh didapati di Lcd tersebut. Terdapat 14 kategori gerai di Paradigm. Antaranya ialah buku, pakaian, perhiasan, makanan, hiburan dan gadget.









Kebetulan pula sekarang ni kebanyakkan “retail store” kat paradigm tengah mempromosikan produk sempena sambutan hari natal yang bakal tiba tidak lama lagi pada 25 Disember ini. Tema Krimas teddy bear atau dikenali sebagai beary land cukup menarik perhatian.



Banyak lanskap yang menarik juga promosi yang berpatutan buat pelanggan mereka. Bukan itu saja mereka juga turut menghiasi pentas utama sempena sambutan hari natal. Bertemakan beruang buat sambutan hari natal nanti, Paradigm menyediakan “Beary land place”dimana patung beruang menjadi fokus utama dari sekecil-kecil patung beruang hingga sebesar-besar patung beruang diletak kan di dalam dan diluar kawasan paradigm. Tarikan ini menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa dan orang asing yang datang untuk berkunjung baik untuk membeli belah atau jalan-jalan meluangkan masa bersama keluarga di Paradigm.



Kebanyakkan “retail store” sudah mula menghiaskan kedai mereka dengan tema hari natal. Antara yang menarik perhatian ialah hiasan Mark & Spencer, Starbucks, Jonas Jodie, Hallmark dan Homes Harmony. Perhiasan di kedai mereka sangat cantik dan menarik juga sesuai dengan tema hari natal. Walaubagaimana pun masih ada kedai yang belum dan tidak menghiaskan kedai mereka lagi.



Paradigm juga turut memberi kelainan kepada para pelanggan mereka dimana terdapat gimnasium yang sangat besar buat para pelanggan yang terletak di aras 1. Fitness First Paradigm Mall beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 11.00malam pada hari bekerja dan pukul 7.00 pagi sehingga 9.00 malam pada hari minggu. Sudah semestinya pihak Paradigm menyediakan kemudahan yang cukup lengkap bagi pengunjung yang datang ke gimnasium untuk bersenam bagi mempraktiskan gaya hidup sihat. 



Fasiliti yang bersih dan mencukupi. Surau yang luas, bersih dan tersusun kemas, parking yang luas, menyediakan kemudahan escalator, tangga dan juga lif. Semua ini disediakan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dua escalator disediakan di setiap aras bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan para pelanggan. Bukan itu sahaja, Paradigm turut menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya seperti tandas, parking dan lif.



Paradigm antara ‘Mall’ yang memenuhi kehendak gaya hidup masa kini yang mewah dan setara dengan harga yang ditawarkan oleh “retail store” yang terdapat didalam bangunan mereka.



Setelah penat berjalan selama berjam-jam, kami berkumpul pada jam 3.00 petang dan  tepat jam 3.30 petang bas sampai dan kami bertolak pulang ke uitm.


No comments:

Post a Comment