Asssalamualaikum...
Memandangkan semua rakan
sekelas yang lain telah lama dan sekian lama meng'update' blog mereka lawatan
ke JPO, jadi saya disini hari ini dan dan tarikh ini perlu mengupdate blog
mengenai Paradigm Mall sebagai tugas ganti.
Pada 13/12/2013 saya telah
berpeluang untuk pergi ke Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya. ianya
sebuah pasaraya yang sangat besar. Saya pergi bersama-sama rakan sekelas yang
lain dengan menaiki bas uitm. Kami berkumpul pukul 10.30 pagi selepas kelas
CTU. Kami berkumpul di perhentian bas fakulti bagi memastikan semua rakan ada
di sana.
Tepat jam 11.00 pagi kami
bertolak, kami smpai di sana pada jam 11,30pagi. Ku sangka kan jauh,
rupa-rupanya ia hanya mengambil masa hanya selama 30 minit sahaja dari UiTM
Shah Alam. Pada pandangan pertama saya, paradigm ialah sebuah pasaraya yang
mewah. Semuanya nampak ekslusif.
Miskipun nampak gah, namun
bangunan tersebut masih lagi dalam pembinaan. Tak dapat nak bayangkan, bangunan
yang belum siap sepenuhnya tu pun dah
nampak besar, kalau dah 100% siap. Wow! Mesti penat kaki nak berjalan di setiap
pelusuk ceruk dalam paradigm tu.
Terdiri daripada tujuh aras,
paradigm menawarkan pelbagai pilihan “retail store” kepada para pelanggan. Aras
AG merupakan aras paling bawah dikikuti aras C,aras G, aras UG, aras 1, aras 2
dan yang paling atas ialah aras3.
Di aras AG terdapat Tesco
yang memenuhi segenap ruang. Diikuti “booth-booth” kecil seperti hot &
roll, Aunty Anne’s, famous amos and each a cup. Bagi yang bajet rendah untuk
makan boleh la cari makanan kat aras AG ni. Lebih murah berbanding gerai
makanan yang berada di aras yang lain.
Aras C, aras G, aras UG rata-rata terdapat “retail store” yang mewah
dan eksklusif seperti Mark & Spencer, Zara Sephoran dan Polo. Di aras 1 pula terdapat “retail store” seperti
Harvey Norman and Toy ‘R’ Us. Aras 2, terdapat lebih banyak gerai makanan seperti Chicken rice
shop,Kungfu paradise, Bar.b.q plaza, Keney rodger roasters, Subway, Burger
King, Oldtown, Shushi Q dan the tarik place. Selain itu, bagi kaki novel atau
mencari peralatan sekolah juga alat tulis, di aras 2 juga terdapat kedai buku
popular dan tidak dilupakan jika sedang berjimat cermat Daiso ada untuk menyelamatkan keadaan dimana
kedai yang menjual semua barang dengan harga RM 5. Terakhir sekali di aras 3,
terdapat panggung wayang GSC dan CYC Mega Laisure World atau dikenali sebagai
pusat hiburan keluarga dimana menyediakan pelbagai permainan video yang sesuai
bagi semua peringkat umur.
Paradigm turut menyediakan
kemudahan Lcd skrin sesentuh untuk panduan para pelanggan di setiap aras.
Perkara ini memudahkan pelanggan untuk bergerak ke mana saja dengan mudah
berdasarkan panduan yang boleh didapati di Lcd tersebut. Terdapat 14 kategori
gerai di Paradigm. Antaranya ialah buku, pakaian, perhiasan, makanan, hiburan
dan gadget.
Kebetulan pula sekarang ni
kebanyakkan “retail store” kat paradigm tengah mempromosikan produk sempena
sambutan hari natal yang bakal tiba tidak lama lagi pada 25 Disember ini. Tema
Krimas teddy bear atau dikenali sebagai beary land cukup menarik perhatian.
Banyak lanskap yang menarik
juga promosi yang berpatutan buat pelanggan mereka. Bukan itu saja mereka juga
turut menghiasi pentas utama sempena sambutan hari natal. Bertemakan beruang
buat sambutan hari natal nanti, Paradigm menyediakan “Beary land place”dimana
patung beruang menjadi fokus utama dari sekecil-kecil patung beruang hingga
sebesar-besar patung beruang diletak kan di dalam dan diluar kawasan paradigm.
Tarikan ini menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa dan
orang asing yang datang untuk berkunjung baik untuk membeli belah atau
jalan-jalan meluangkan masa bersama keluarga di Paradigm.
Kebanyakkan “retail store”
sudah mula menghiaskan kedai mereka dengan tema hari natal. Antara yang menarik
perhatian ialah hiasan Mark & Spencer, Starbucks, Jonas Jodie, Hallmark dan
Homes Harmony. Perhiasan di kedai mereka sangat cantik dan menarik juga sesuai
dengan tema hari natal. Walaubagaimana pun masih ada kedai yang belum dan tidak
menghiaskan kedai mereka lagi.
Paradigm juga turut memberi
kelainan kepada para pelanggan mereka dimana terdapat gimnasium yang sangat
besar buat para pelanggan yang terletak di aras 1. Fitness First Paradigm Mall
beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 11.00malam pada hari bekerja dan pukul
7.00 pagi sehingga 9.00 malam pada hari minggu. Sudah semestinya pihak Paradigm
menyediakan kemudahan yang cukup lengkap bagi pengunjung yang datang ke
gimnasium untuk bersenam bagi mempraktiskan gaya hidup sihat.
Fasiliti yang bersih dan
mencukupi. Surau yang luas, bersih dan tersusun kemas, parking yang luas,
menyediakan kemudahan escalator, tangga dan juga lif. Semua ini disediakan bagi
memudahkan pergerakan para pengunjung untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Dua escalator disediakan di setiap aras bagi mengelakkan
kesesakan dan memudahkan para pelanggan. Bukan itu sahaja, Paradigm turut
menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya seperti tandas, parking dan lif.
Paradigm antara ‘Mall’ yang
memenuhi kehendak gaya hidup masa kini yang mewah dan setara dengan harga yang
ditawarkan oleh “retail store” yang terdapat didalam bangunan mereka.
Setelah penat berjalan selama
berjam-jam, kami berkumpul pada jam 3.00 petang dan tepat jam 3.30 petang bas sampai dan kami
bertolak pulang ke uitm.

